Wednesday 15 November 2017

Nasi lemak sambal sotong kembang

Entri tertangguh ;  terbakar kawan aku sorang ni, dari  hari tu aku janji nak  up  resepi sambal sotong kembang sampai  la tak update. Okeylah, hari ni makcik update , tak buat siap dia.hehehe



Sambal  sotong kembang
Bahan2
2  ekor sotong kembang, disiat lendiran2 dan dicuci berseh kemudian potong ikut size yg korang  suka. Rebus sotong  dlm air dengan garam secukupnya hingga sotong lembut. 
1 cawan air asam jawa cair
2 cawan cili kisar[cili kering dikisar dengan 5  ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan suku belacan]
1 biji bawang besar dipotong bulat
Garam, gula  dan serbuk perasa secukupnya 
Cara2
Panaskan minyak, tumis  1/2 biji bawang besar hingga naik bau.
Kemudian masukkan cili kisar dan garam secukupnya, masak hingga pecah minyak atas api sederhana.
Setelah pecah minyak masukkan air asam jawa , masak  hingga sambal sedikit pekat Kemudian masukkan sotong ,masak sampai sotong lembut . Akhir sekali masukkan gula dan serbuk perasa secukupnya . Pandai2 lah seimbangkan rasa. Kacau seminit  kemudian tutup api.



Balik kerja ingat nak makan nasi lemak, aku bukak tudung saji tengok sambal sotong dah licin licau, sedap  lettew kan






Monday 13 November 2017

Restoran Khuntai Klang kini dah berpindah




Dulu Khuntai Klang kat sini , sekarang dah berpindah ke tempat baru.  Pindah tak jauh dari tempat lama cuma  pindah ke depan kat deretan kedai baru. Sejak  khuntai pindah  tempat baru ni aku  tak pernah lagi gi makan. Tengahari sabtu lepas tulah  baru pergi . Better lagi tempat baru, takde lah  takut  nak gi makan  terutama waktu malam. Tempat lama dulu nak pegi makan kena pikir 2 3 kali.

Nak jugak bawak bumbung atap itew


Nak jugak bawak tut tut itew




Sukati korang , nak makan kat bawah  boleh  kat atas pun boleh. Mak &family makan kat bawah jew, tak larat haih mak nak manjat anak tangga


Sebelum   cik yuyi kahwin aku  selalu promote dia dalam blog ni lepas dia kahwin aku  promote suami dia  plak promotian sampai hujung bukan 12 .huk huk huk


Mixed seafood white tomyam wajib order, sedap



Steam lemon siakap fish , nasib baik lepas kahwin cik yuyi  suka makan ikan kalau tak aku jugak yg kena hadap ikan sorang2


Macam biasa, bila makan dengan cik yuyi  sirambang  mata ni banyak nau lauk  yg dia order, stir fried pak choy, stir fried asparagus, stir fried kailan, khuntai fried chicken wing, kerang bakar, udang goreng tepung, telur dadar & lala kam heong




Tak tahulah alamat baru khuntai yg aku tepek ni  betul ke idak, kalau idak sila salahkan google.



Khuntai
Lot 8620, Kg. Air Hitam
Batu 6 1/2 , Jalan Langat
41200 Klang












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday 6 November 2017

Ayam kepsi ori



Sampai stesen komuter tadi  awal , perut plak lapau, kat depan mata plak restoran  kepsi. Apa lagi kita makan dulu ayam kepsi ori. Hari ni aku tersangatlah lapau dan tersangatlah penat , aku rasa tiba masanya untuk aku belajar mencintai perut sendiri😭😭😭



Gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati

Yang benar
Makcik tempe

Kuih lopis throwback Ramadhan 2015


Ko ado, post dalam draft tahun 2015 baru nak publish tahun 2017, janji publish  tak kiralah kan bape tahun punya cite.huk huk huk.kuih lopis ni aku buat untuk berbuka puasa. Macam tak caya , rajinya aku bulan ramdhan 2 tahun lepas buat kuih. Tetiba rasa bangga dengan diri sendiri. Tengah membangga diri ni elok sangatlah aku update resepi kuih lopes yg kalau arwah mak aku masih  hidup ni tengok cara aku buat  kuih lopis ni dia pitam. Maafkan anakmu mak, anakmu tak serajin mak. Anakmu buat yang ado je


Kuih lopis
Bahan2
1/2 kilo beras pulut
1 kotak santan M&S 
garam secukupnya
1/2 sudu kecil air kapur
Jus daun pandan secukupnya
setitik 2 pewarna hijau
kelapa parut digaul dengan sedikit garam
Cara2
Cuci beras pulut, rendam dengan air , pewarna hijau dan air kapur selama 4 jam.
setelah direndam 4 jam tuskan beras pulut. Kemudian masukkan beras pulut dalam rice cooker bersama santan, garam secukupnya dan jus pandan.sukatan santan ialah sehinga beras pulut tenggelam kira macam separas dengan beras pulut.Petik cook , biar pulut masak sendiri
Sejukkan  pulut sekejap.layurkan daun pisang sekejap atas api.
 Bentangkan daun pisang, bubuh  pulut  ikut  kuantiti yg kita nak kemudian gulung 2 , 3 lapis. Punjut kiri kanan sambil dipadatkan kemudian ikat dengan tali. Kukus dalam pengukus selama 20 mnit.Aku kukus dalam rice cooker boleh gitu.Kebetulan masa buat kuih lopis tengah masak nasi mode keep  warm jadi aku susun punjut pulut dalam loyang aku masuk dalam rice cooker.
Selepas 20 minit keluarkan punjut pulut,sejukkkan dan potong kemudian gaul dengan  kelapa parut yg telah digaul garam. 
Sedia dihidangkan bersama air gula merah


Air gula Melaka
Bahan2
3 ketul gula melaka
gula pasir secukupnya
daun pandan disimpul
3 cawan air
cara2
Masukkkan semua bahan dalam periuk, masak atas api sederhana  hingga agak likat




 Bila dah lama tak update ayat adalah sedikit kaplamyanga. Insyaallah ada masa aku sambung lagi ok.











Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )