Friday 7 June 2013

semalam besday adik maka genaplah umur adik 8 tahun, adik minta kek ala-ala clown

Bila adik darjah dua  balik je dari rumah pengasuh, ayah terus wish dia  happy besday  . Mak tengok adik kemain happy bila ayah wish happy besday.Sambil ketawa, adik minta ayah belikan kek besday besar macam kek besday  mama(merujuk pengasuh). Ayah pandang muka mak ,mak buat dek.Tak de angin tak de ribut, adik meluru  masuk bilik.  Adik bukan merajuk niat adik saje nak bagi hati ayah tak keruan.Kalau itulah niat adik, kira tercapailah jugak niat adik sebabnya lepas adik masuk bilik je ayah terus tanya mak samada mak  dengar apa yang adik cakap atau tak. Mak cakap kat ayah , mak  dengar adik cakap nak kek besday.

Aku  cuba ingatkan suami akan rancangan keluarga kita  untuk mengadakan hari keluarga mak temah dogel 2013 ahad ni. Banyak makan semut gamaknya suami aku ni opsss dosa kutuk suami sendiri.Suami terdiam sekejap,  dia cakap dia hampir terlupa  hari keluarga mak temah dogel tu. Dari riak wajah suami jelas menunjukkan yang dia teringin nak belikan besday kek  untuk Firdaus. Cewah!!!aku terjah hati suami aku  cakap kat dia  kalau rasa nak belikan  firdaus kek besday beli jelah kat kedai kek besa-besa dah alang-alang dia nak keluar  pergi punch card.Suami mengangguk setuju.

Ikhlas dari seorang ayah kepada anak lelakinya yang genap 8 tahun semalam
Gembira bukan kepalang budak darjah dua  bila dapat kek besday terutama kek ala-ala clown tu. Khusyuk dia makan kek , sedaplah gamaknya.
Makan kek ala-ala kepala clown sambil menonton vcd cerita kartun, happening gila lah hidup dia semalam
Meera naam joker ,kek  ala -ala kepala clown menjadi idaman hati Firdaus







Tarikh : 6 Jun 2013, Khamis
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Besday Firdaus


Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )