Friday 7 June 2013

Penangan Epilog cinta khirana...ni serius beb

Petang semalam dalam pukul 4.30 petang  aku dapat panggilan telefon daripada Ms.Y   secretary  bos besarlah jugak. Seperti biasalah pada waktu macam tu , dekat  nak habis waktu kerja aku duk melangut memikirkan tentang kehidupan dan memikirkan   bila la  Nazim Othman dan Tasha Shilla akan saling jatuh cinta dalam epilog cinta Khirana bla bla  bla bla  tetiba kring kring kring telefon berbunyi

Ms.Y (angin tak de ribut tak de tetiba je)  :   Z, next month you boleh remove  tender fajar khirana bla bla SB dari dalam you punya  file .


Aku   : Apaaaaaaaaaaaaaa remove Khirana, kenapa?????
(Fikiranku mula menerawang ke Epilog
cinta Khirana)

Ms.Y        : Apasal dengan you, macam shocked je bila I  suruh remove fajar khirana.

Aku  : Okey, apa yang you cakap tadi????
(cuba untuk menenangkan diri sendiri, fikiran kembali normal)                                                    

Ms.Y     :  I cakap  Fajar Khirana tak nak renew tender , better you remove  Fajar Khirana dari dalam you punya file.

Aku   : Sorry  Ms.Y tadi  I tak berapa dengar apa yang you cakap,okeylah....  next month I remove .

Gagang telefon aku letak,lepas tu  aku ketawa sendiri.




Pengikut Tegar : )