Thursday 6 June 2013

suami peminat tegar ayam uncle bob. kalau tidak tak kuasa eden nak poi pasar malam

Asal ada pasar  malam kat kawasan rumah je suami teringat akan ayam uncle bob,entah apa yang sedapnya dengan ayam uncle bob ni pun aku tak tahu. Teruja sangat dengan ayam uncle  bob kadang-kadang tu sampai tersasul sebut ayam uncle  john.Terkekeh aku ketawa bila  suami sebut ayam uncle john, aku cakap kat dia ayam uncle  John abahmu buat pengetahuan awak  ayam uncle John masih belum  dicipta lagi. Suami terbako, dia cakap  arghhh sama jelah ayam uncle bob dengan ayam uncle john.Kalau pergi pasar malam benda pertama aku   wajib  beli  dua keping ayam uncle bob untuk suami ,mana cukup sekeping. buat selit celah gigi je manakala benda kedua  wajib beli ialah jeng jeng jeng  asam 3 bungkus RM5.Alang-alang dah poi pasar malam, aku belilah sekali barang basah macam ikan , sayur dengan buah .
 Jeng jeng asam 3 bungkus RM5 juge menjadi pujaan hati suami.kha kha kha
 Ayam uncle bob yang sentiasa menjadi pujaan hati suami
Sejak budak darjah dua  bersekolah sesi pagi  dia jarang dapat mengikut aku ke pasar malam.  Sementelaah  sekarang ni tengah cuti sekolah,  hari rabu minggu lepas aku ajak dia pergi pasar malam.
Anggur wajib beli ni salah satu buah  feveret suami
Sila beli ikan pakai timbang ye tuan-tuan  dan puan-puan.First time aku beli ikan cencaru yang dah siap buang kulit.
Sila beli kacang bendi pakai timbang  jugak
Balik dari pasar malam aku terus buat projek siang dan garam kunyit ikan.Senanglah sikit esok lusa aku nak masak lepas balik kerja ye dak.
ikan cencaru yang dah siap disapu  dibedak
cili api merah ni wajib  simpan kat rumah





Tarikh : 29 May 2013, Rabu
Lokasi : Pasar malam Jalan Kastam, Pelabuhan Kelang
Peristiwa  : Jalan-jalan kat pasar malam


Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )