Saturday 8 June 2013

Resepi sambal nasi lemak yang sedap .cepat ambik pen dan kertas, salin sekarang

Malam tadi  aku buat  burger  untuk makan malam. Kemain suka adik makan burger, siap pesan suruh aku  masak sosej pulak untuk menu sarapan pagi esok. Sebelum tidur aku  janji diikuti gimi five dengan adik nak masakkan dia  sosej untuk sarapan pagi ni.Tapi janji tinggal janji, apa dah jadi???????????? Kenapa aku boleh masak nasi lemak ni?Adik, maafkan mak. Jangan marah tau  mak tak masakkan  sosej untuk adik . Mak janji InsyaAllah hari senin ni adik  sekolah mak masakkan sosej .ayat  penyedap hati : )

Nasi lemak yang aku buat pagi ni tanpa resepi .Aku tahu kebanyakkan orang kat luar sana semuanya terror masak nasi lemak tapi kalau rasa diri tu berminat nak mencuba jugak resepi nasi lemak aku boleh lah  pergi ke sini.  Oleh kerana ramai yang mengadu sambal nasi lemak diluar sana tak menepati citarasa tekak, aku dengan rasa rendah diri , ikhlas dan penuh kasih sayang ingin berkongsi  sambal nasi lemak ku yang sedap kebabom . ceh ceh wah poyo...........

Bahan-bahannya

1)segenggam Ikan bilis goreng
2)20 tangkai cili kering-direndam dengan air panas dan dikisar kering
3)asam jawa sebesar ibu jari-dibancuh dengan sedikit air
4)7 ulas bawang merah kecik-dihiris dan dikisar sederhana halus mengunakan pengisar kering
5)1/2 inchi belacan (kalau tak suka jangan letak)
6)Gula , garam dan secubit serbuk perasa

Cara menyediakannya 

1) Panaskan minyak, tumis bawang kisar hingga agak garing-guna api sederhana
2)Tumis cili kisar hingga pecah minyak-tumis agak lama-guna api sederhana
3)Masukkan belacan-tumis lagi
4)Masukkan air asam jawa-Pastikan mengunakan api perlahan dan sentiasa mengacau hingga sambal menjadi pekat
5) Masukkan lebih kurang dua sudu besar gula-kacau sekejap
6) Masukkan garam dan secubit perasa-seimbangkan rasa
7)Sebelum angkat masukkan ikan bilis goreng

Menu pagi ni Nasi lemak  bersama ayam goreng bawang putih
 hurmmm sedapnya sambal nasi lemak ni
 ikan bilis goreng jenis kedekut. Kat rumah ni tak boleh buat ikan bilis goreng lebih nanti  ada pulak sorang hamba Allah  yang menjadikan  ikan bilis goreng sebagai  kudap-kudapan di depan tv : )
 Gediknya aku , siap buat ayam goreng bawang putih untuk dimakan bersama nasi lemak
 Aku suka makan nasi lemak bersama sambal yang agak kering. 
 muka kembang setaman
Budak darjah dua  dengan sumai suka makan nasi lemak letak banyak  ikan bilis . 


Tarikh : 8 June 2013, Sabtu
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Sarapan pagi, Menu sarapan pagi


Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )